Ditubuhkan
pada tahun 2007 dan menggelarkan mereka sebagai Ultras Malaya (UM), sekumpulan
penyokong kecil pada awalnya kini kian bertambah dari segi jumlah ahlinya. Sentiasa
bersama squad Harimau Malaya disaat dijulang dan dihina. UM tidak peduli
keputusan perlawanan. Bagi mereka, sokongan padu tetap bersama mengiringi
pasukan kebangsaan Malaysia. Kini UM telah berjaya menempatakn nama sebagai
antara kumpulan penyokong yang terbaik di Asia Tenggara. Bezanya UM dengan
ultras-ultras negara lain ialah semua ultras-ultras negeri di Malaysia
bergabung tatkala menyokong perlawanan Malaysia.
Sudah
lama saya menyimpan hasrat untuk bersama UM. Akhirnya, saya dapat bersama UM
pada perlawanan tempoh hari menentang Thailand. Saya bersama seorang rakan saya
dari Ultras Johor membawa saya ke Curva iaitu tempat UM berkumpul dan memberi
sokongan padu di stadium. Hubungan antara ahli UM cukup akrab. Saling bersalaman
dan memeluk apabila berjumpa, bukan sahaja sesama Ultras Johor malah dengan
ultras negeri lain.
Suasana
di Curva cukup meriah sekali. Di situ, tidak kira anda berasal dari negeri
mana, pandangan politik mahupun kaya atau miskin semua bersorak demi Malaysia. Saya
terkejut dalam kalangan UM juga terdiri daripada golongan professional seperti
doktor, jurutera, cikgu malah pegawai berpangkat tinggi.
Sepanjang
perlawanan, saya bersoak sambil bernyanyi. Saya amat kagum dengan Capo ( cheer
leader) di hadapan yang sentiasa memberi arahan dengan bersemangat.Capo
memandang komrads dan membelakangi padang untuk memberikan arahan. Saya rasa
tidak ada 1 minit perlawanan pun yang Capo menonton. Bagi dia, sokongan padu
untuk Harimau Malaya lebih penting.
“PERGI KE STADIUM UNTUK
MEYOKONG BUKAN MENONTON
Ada 2
insiden yang saya ragui semasa saya di Curva
- Kami berdiri sepanjang
perlawanan. Terdengar suara dari belakang yang menyuruh kami yang berada
di hadapan supaya duduk. Setahu saya, budaya di Curva memang berdiri
sepanjang perlawanan dan benyanyi bersama
- Ada sekumpulan remaja di
hadapan saya yang duduk sepanjang perlawanan dan tidak turut bernyanyi
bersama. Bagi saya, mereka hanya ingin bersama UM hanya untuk glamour.UM
bukan untuk glamour. Tidak guna anda berbangga dengan UM jika anda tidak
mahu mengeluarkan SUARA KERAMAT anda.
Perbualan dengan rakan-rakan dari Ultras negeri lain, saya
dapati perkara menarik berkaitan UM
- UM turun ke stadium lebih
awal dan sudah mula bernyanyi
- UM solat berjemaah di
stadium sebelum perlawanan
- Bendera Malaysia yang
bersaiz gergasi dipikul oleh sekurang-kurangny 40 ahli UM. Ini tidak
termasuk Tifo yang lain
- UM antara orang yang
terakhir meninggalkan stadium selepas perlawanan tamat.
- Semasa Malaysia
menjaraingkan gol, saya melihat beberapa ahli UM menitiskan air mata tanda
gembira.
- It is more than what you
all think......
Bagi mereka yang berminat menyertai UM, amat dialu-alukan. Lagi
ramai, lagi meriah. Tetapi, pastikan beberapa peraturan dipatuhi supaya
semuanya berjalan lancar.
- Sila pakai kasut
- Memakai tshirt berwarna
hitam atau jersi Malaysia
- Sila bawa mafla atau
bendera Malaysia
- Patuh pada arahan Capo dan
ikut
- Jangan malu untuk
keluarkan suara anda
- Tunjukkan semangat
kesukanan yang tinggi
- Buat persiapan awal dengan
menhafal lagu-lagu UM supaya tidak terpinga-pinga semasa di Curva.
Malaysia is my flag,
Harimau Malaya is my team,
Ultras Malaya is my Family and
Hitam Kuning is my colour
By,
(>_<)"