Thursday 29 March 2012

Di mana silapnya?

Nama diberi Kelantan Darul Naim, ibu negerinya pula Kota Bharu. Kelantan sering disebut-sebut antara negeri termiskin di Malaysia. Sejauh manakah benar kenyataan itu?

Kelantan sudah lebih daripada 20 tahun di bawah pemerintahan PAS, dibawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Mengapa rakyat Kelantan begitu menyayangi menteri besarnya?  Hal ini kerana kepimpinan Tok Guru sendiri. Tok Guru merupakan seorang  yang rendah diri, penyayang dan kuat pegangan agama. Apabila disebut “kuat pegangan agama”, rakyat berbangsa Cina, India dan bukan beragama Islam yang lain bersama bimbang dan takut. 

Saya ada 1 cerita yang saya hendak kongsi bersama anda. Sahabat saya berbangsa Cina hari itu kebetulan ke Kelantan. Dia menginap di rumah abang saudaranya ( Ah Seng, bukan nama sebenar) yang menetap di negeri Kelantan. Tempoh hari, kereta Ah Seng, “brake-down” di tengah-tengah jalan. Ketika itu, Ah Seng bersama isterinya yang sarat mengandung.  Tiba-tiba, sebuah kereta menghampiri dan seorang pemuda berbangsa Melayu keluar dari kereta tersebut lalu menyuruh Ah Seng mengahantar isterinya ke rumah terlebih dahulu.

              “Tadi saya lalu jalan ini. Bos saya nampak kereta u. Die tengok bini u mengandung. Dia soh saya cepat-cepat hantar balik rumah dan suruh saya datang tolong u. U guna saya punya kete, hantar bini u balik rmh dulu. Kete nanti pk mcm mana nk setel, “kata pemuda itu.

                “Terima kasih banyak. Saya hargai sangat-sangat.Sape u punya bos? Saya nk jumpa dan ucap terima kasih la, “ balas Ah Seng.

                “ MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz, “ jawab pemuda itu.

Keperihatinan pemimpin seperti ini yang membuatkan rakyat Kelantan menyokong kepimpinan beliau. Perwatakan beliau cukup “simple”, tidak mewah, dan menunjukkan kehidupan sebagai seorang pemimpin yang sederhana. Beliau tidak kaya, tidak memiliki tanah mahupun banglo. Jika hendak berjumpa dengan beliau, bila-bila sahaja boleh berjumpa dengannnya, tidak perlu mengambil "appointment" terlebih dahulu.



 Agama Islam terpelihara di samping menghormati kebebasan penganut-penganut lain untuk mengamalkan agama masing-masing. Di Kelantan, tiada 1 surau mahupun kuil yang dirobohkan. Ini sudah cukup jelas menunjukkan tindakan memartabatkan agama Islam serta menghormati kepercayaan agama lain.



Malah kes murtad di Kelantan pula adalah sifar.

azlan

          
 Beberapa tahun dahulu, saya menuntut di sebuah kolej matrikulasi. Sahabat saya yang asalnya dari negeri Kelantan memakai t-shirt yang terpampang slogan :


 “KELANTAN, TIADA HASIL KECUALI  KECEMERLANGAN”

Saya pada mulanya tidak begitu memahami mengapa dia memakai baju tersebut. Seperti orang lain, saya memikir “ biasa la budak Kelantan” . Tetapi, saya berfikir sejenak, di Kelantan tiada IPTA mahupun kolej matrikulasi (ketika itu, Universiti Malaysia Kelantan  tidak wujud lagi. Pengambilan pelajar untuk UMK bermula pada tahun 2007). Tetapi rakyat Kelantan ada sahaja di semua tempat. Sebelum itu, saya belajar di SBP pun, ramai yang berasal dari Kelantan. Dari sektor perniagaan pula, banyak sahaja kedai-kedai yang dimiliki oleh rakyat Kelantan, terutamanya di Kuala Lumpur.  Tetapi saya runsing kerana sejak kebelakangan ini, kawasan berniaga sudah diambil alih oleh rakyat Indonesia, terutamanya di Chow Kit. Adakah sudah tiada rakyat Melayu yang ingin menceburi bidang perniagaan? Mengapa peluang perniagaan boleh diberikan kepada rakyat asing?

Perbualan saya dengan beberapa rakan saya yang berasal dari negeri lain pula, saya telah mendapat beberapa mitos tentang rakyat Kelantan. Antaranya :

 1. “ Orang Kelantan nie semangat negeri die kuat sangat la bro”

 2. “Kalo ko nk kawen, jangan kawen bdk Kelantan, bro. Nanti raya, ko balik Kelantan jelah. Kecian mak bapak ko kat sini, tak kesah r ko laki ke pompuan ke “

 3. “Kelantan dh menang Piala Malaysia. Hbs r, sampai ke tahun depan r die rayakan kemenanganya”

4. “Cube ko lepak ngan budak Kelantan. Xkesah r ko rapat mana pon ngan die, ble die jumpa org negeri die, tros je die lupa kat kita. Mula la kecek Kelantan. Dh la ak xphm bahasa die.”

Lagi satu isu yang sering dikaitkan adalah semangat kenegerian. Secara jujurnya, saya tiada masalah orang Kelantan sayang akan negerinya. Persoalannya, mengapa rakyat negeri lain tidak menyayangi negeri masing-masing? Contoh paling senang adalah, perlawanan bola sepak. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Stadium Cheras susah sangat hendak penuh walaupun kepadatan penduduk Kuala Lumpur adalah tertinggi di Malaysia. Dulu semasa zaman 90-an ramai sahaja yang menyokong KLFA. Tetapi apabila KLFA sudah tidak menyinar, hilang terus peminat KLFA.  Apabila skuad bola sepak Kelantan bermain di gelanggang lain pula, penyokong Kelantan lagi ramai dari penyokong tuan rumah, apatah lagi bermain di stadium sendiri. Bukankah kalau lagi ramai penyokong, lagi meriah liga tempatan kita dan pemain-pemain kita lagi bersemangat hendak beraksi? Secara tidak langsung, hal ini dapat memartabatkan bukan sahaja sukan bola sepak, malah sukan-sukan lain. Tetapi, semua penyokong harus menghormati penyokong negeri lain. Tidak salah kita hendak menyokong negeri kita, tetapi jangan hina mahupun aibkan negeri lain kerana :


                               “AFTER ALL, WE ARE MALAYSIAN”


Setelah puas bertukar pendapat, saya sendiri pun tidak pasti mengapa isu negeri Kelantan ini selalu timbul. Apa yang saya boleh sarankan adalah kita harus bersatu di bawah 1 bumbung, iaitu Islam (kerana penduduk Kelantan majoritinya beragama Islam). Bagi pembaca yang bukan beragama Islam pula, tidak perlu khuatir kerana kita masih boleh bersatu di bawah 1 nama iaitu, Malaysia. Elakkan sengketa dan perbalahan. Tunjukkan kasih sayang antara satu sama lain. Harus diingat ,apabila kita berbalah sesama sendiri, rakyat Singapura gelak dan rakyat Indonesia pula tepuk tangan. Hujung tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk Piala Suzuki AFF. Oleh sebab itu, kita kena kuatkan semangat kenegaraan dan Harimau Malaya supaya dapat pertahankan gelaran. Saya meminta sokongan penyokong dari semua negeri turun dan sila penuhkan stadium. Kalau tersalah kata mahupun terguris hati, harap dimaafkan.







ARTIKAL INI DITULIS OLEH SEORANG RAKAN KARIB KAMI. KAMI TIADA APA-APA KAITAN DENGAN ISI KANDUNGAN ARTIKAL INI. KAMI KETENGAHKAN CERITA INI KERANA BELIAU MEMPUNYAI SEMANGAT ANAK JATI MALAYSIA.
                                 

Facebook Comment

6 comments:

  1. mantap dan terbaik...penjelasan yang cukup berdasarkan fakta yang benar......

    untuk menjawab persoalan mitos sila rujuk di sini

    http://manluqmancoolboy.blogspot.com/2012/03/kelantan-di-mata-orang-luar.html

    ReplyDelete
  2. bila dah ramai bercakap2 berkenaan org kelantan ni ..terutama sikap suka berkawan sesama mereka shj (sebeleum jumpa geng elok pulak berkawan dgn org lain2 negeri)..maka ianya adalah fakta..org kelantan kena terima...

    perempuan kelantan x suka lelaki kelantan... ada antara perempuan kelantan x suka org kelantan sendiri..jika mereka sendiri x suka ..maka tepuk dada tanya akal..

    perempuan kelantan yg sy pernah jumpa... buat baik dgn org lain ada sbb & benefit pd diri sendiri...

    pengalaman berjiran & serumah dgn org kelantan...

    perempuan kelantan elok kawen dgn lelaki kelantan je...

    tp sy SOKONG perjuangan NIK AZIZ.. :)

    ReplyDelete
  3. part yang “Cube ko lepak ngan budak Kelantan. Xkesah r ko rapat mana pon ngan die, ble die jumpa org negeri die, tros je die lupa kat kita. Mula la kecek Kelantan. Dh la ak xphm bahasa die.” tu memang btol pun . -;-

    ReplyDelete
  4. Anonymous06 June, 2014

    sape cakap perempuan kelantan x suka llki kelantan...yg ak tau prempuan klntan lbih suka llki klantan dp luar klntan tmsuk ak...mk bpk pun xbrpe nk bg ank dia khwin org luar..ak tau sbb ak org klntan jgn pndai buat citer bodoh.

    ReplyDelete
  5. Anonymous01 July, 2017

    Bagi aku la, kelantanese ni okayh ja. Bab2 kawan benda biasa. Chill. Btw aku oqang utaqa. Semua manusia sama hang kelantan ka kedah ka keyel ka mampoih pi sebab hampa semua sama .cuma hat satu ja yg aku pelik, kawan2 kelantan aku suka sangat culture shock cam beruk .xtau pasaipa. -student uitm.

    ReplyDelete
  6. Helloooo hahaha weyh ko ingat orang luar hadap ke kelantan ni? Aduyai kau tgk la sekeliling, bila tahu je partner kelantan mmg kami cabut lari la adui. Mak bapak kami pun ingatkan dah kalau boleh jangannnnn laaa kelantan ��

    ReplyDelete