Wednesday 12 December 2012

Ultras Malaya : Bersama Selamanya


                Ditubuhkan pada tahun 2007 dan menggelarkan mereka sebagai Ultras Malaya (UM), sekumpulan penyokong kecil pada awalnya kini kian bertambah dari segi jumlah ahlinya. Sentiasa bersama squad Harimau Malaya disaat dijulang dan dihina. UM tidak peduli keputusan perlawanan. Bagi mereka, sokongan padu tetap bersama mengiringi pasukan kebangsaan Malaysia. Kini UM telah berjaya menempatakn nama sebagai antara kumpulan penyokong yang terbaik di Asia Tenggara. Bezanya UM dengan ultras-ultras negara lain ialah semua ultras-ultras negeri di Malaysia bergabung tatkala menyokong perlawanan Malaysia.
                Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk bersama UM. Akhirnya, saya dapat bersama UM pada perlawanan tempoh hari menentang Thailand. Saya bersama seorang rakan saya dari Ultras Johor membawa saya ke Curva iaitu tempat UM berkumpul dan memberi sokongan padu di stadium. Hubungan antara ahli UM cukup akrab. Saling bersalaman dan memeluk apabila berjumpa, bukan sahaja sesama Ultras Johor malah dengan ultras negeri lain.

                Suasana di Curva cukup meriah sekali. Di situ, tidak kira anda berasal dari negeri mana, pandangan politik mahupun kaya atau miskin semua bersorak demi Malaysia. Saya terkejut dalam kalangan UM juga terdiri daripada golongan professional seperti doktor, jurutera, cikgu malah pegawai berpangkat tinggi.

                         
      
             Sepanjang perlawanan, saya bersoak sambil bernyanyi. Saya amat kagum dengan Capo ( cheer leader) di hadapan yang sentiasa memberi arahan dengan bersemangat.Capo memandang komrads dan membelakangi padang untuk memberikan arahan. Saya rasa tidak ada 1 minit perlawanan pun yang Capo menonton. Bagi dia, sokongan padu untuk Harimau Malaya lebih penting.


   “PERGI KE STADIUM UNTUK MEYOKONG               BUKAN MENONTON

                Ada 2 insiden yang saya ragui semasa saya di Curva

  1. Kami berdiri sepanjang perlawanan. Terdengar suara dari belakang yang menyuruh kami yang berada di hadapan supaya duduk. Setahu saya, budaya di Curva memang berdiri sepanjang perlawanan dan benyanyi bersama
  2. Ada sekumpulan remaja di hadapan saya yang duduk sepanjang perlawanan dan tidak turut bernyanyi bersama. Bagi saya, mereka hanya ingin bersama UM hanya untuk glamour.UM bukan untuk glamour. Tidak guna anda berbangga dengan UM jika anda tidak mahu mengeluarkan SUARA KERAMAT anda.
Perbualan dengan rakan-rakan dari Ultras negeri lain, saya dapati perkara menarik berkaitan UM

  1. UM turun ke stadium lebih awal dan sudah mula bernyanyi
  2. UM solat berjemaah di stadium sebelum perlawanan
  3. Bendera Malaysia yang bersaiz gergasi dipikul oleh sekurang-kurangny 40 ahli UM. Ini tidak termasuk Tifo yang lain
  4. UM antara orang yang terakhir meninggalkan stadium selepas perlawanan tamat.
  5. Semasa Malaysia menjaraingkan gol, saya melihat beberapa ahli UM menitiskan air mata tanda gembira.
  6. It is more than what you all think......
                             

Bagi mereka yang berminat menyertai UM, amat dialu-alukan. Lagi ramai, lagi meriah. Tetapi, pastikan beberapa peraturan dipatuhi supaya semuanya berjalan lancar.

  1. Sila pakai kasut
  2. Memakai tshirt berwarna hitam atau jersi Malaysia
  3. Sila bawa mafla atau bendera Malaysia
  4. Patuh pada arahan Capo dan ikut
  5. Jangan malu untuk keluarkan suara anda
  6. Tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi
  7. Buat persiapan awal dengan menhafal lagu-lagu UM supaya tidak terpinga-pinga semasa di Curva.


                







Malaysia is my flag,
Harimau Malaya is my team,
Ultras Malaya is my Family and
Hitam Kuning is my colour


By,

(>_<)"
bheng

Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment