Tuesday 19 July 2011

Zaman Kebangkitan Bola Sepak Malaysia



Sudah lama saya, sebagai peminat bola sepak Negara menantikan kebangkitan bola sepak Negara. Kini, saya boleh dengan bangga mendabik dada dan mengatakan “inilah zaman kebangkitan bola sepak Negara”

Sejak Datuk K. Rajagoapal mengambil alih sebagai jurulatih, skuad bola sepak Negara,saya boleh katakan telah lebih matang dan mampu memberikan persembahan tebaik. Selepas membawa pasukan Harimau Malaya memenangi pingat emas dalam Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010, pasukan Negara boleh dikatakan berada dalam prestasi tebaik dalam tempoh 20 tahun.

Jika kita imbau kembali zaman kegemiliangan pasukan bola sepak Negara ketika Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari dan rakan-rakan, kita merupakan antara pasukan yang digeruni dan pasukan yang ingin dikalahkan. Namun demikian, setelah sekian lama pasukan bola sepak kita merundum prestasinya, kini kita kembali semula di landasan yang betul.

Pasukan yang dahulunya di belakang Malaysia, seperti  Jepun dan Korea Selatan sudah menjejaki kaki ke kejohanan Piala Dunia. Kita bila pula? Kini, pasukan bola sepak kita sudah menunjukkan prestasi yang membanggakan, oleh itu, adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk datang ke stadium dan memberikan sokongan kepada anak-anak muda kita yang mengibarkan Jalur Gemilang di persada antarabangsa.

Ingin saya ulas tentang pemain skuad Negara. Bermula dengan penjaga gol kita, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.  Beliau tidak bersama skuad Negara di Piala AFF Suzuki kerana kecederaaan. Beliau merupakan antara pemain yang bermain mati-matian semasa melawan Taiwan tempoh hari dengan melakukan beberapa “stunning saves” termasuk 1 penalti.

                                               


Di pertahanan, Aidil Zafuan boleh dikatakan pemain pertahanan yang terbaik di Negara ini. Dengan keupayaan fizikal yang baik, pertahanan yang cekal serta boleh melakukan jaringan gol dengan sepakan percuma dan tandukkan daripada sepakan penjuru, melabelkan beliau sebagai pemain serba boleh.


                                                               
Di bahagian tengah, adalah kesalahan besar jika saya tidak mengulas ketua pasukan Negara , Mohd. Safiq Rahim.  Pemain kelahiran Negeri  Sembilan yang bermain untuk pasukan Selangor ini, mempunyai kebolehan luar biasa. Kawalan yang mantap, hantaran tepat, seta boleh melakuan jaringan melalui sepakan percuma. Anda tidak percaya? Lihat sendiri jaringan yang dilakukan ketika menentang Taiwan dan Liverpool. “Top class free kick”, kata pengulas luar negara             

                  
                                                    
Safee Sali merupakan penyerang terbaik yang Negara miliki pada zaman kini. Namun terlalu awal untuk membandingkan belaiu dengan Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari. Fizikal yang kuat, ketepatan melakukan cubaan, larian deras serta “finishing” yang baik. Kini, menimba pengalaman di Indonesia bersama pasukan Pelita Jaya. Sebaik sahaja nama beliau disebut di stadium, sorakan penyokong pasti menyusul.  bhengbros menggelar beliau sebagai"Badak Sumbu Malysia"


                                                      
Datanglah beramai-ramai ke stadium untuk menyokong pasukan Negara . Sokongan anda, inspirasi untuk anak-anak muda kita. Perlawanan timbang balik untuk kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil di mana pasukan negara menentang Singapura akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai 2011 pada hari Khamis. bhengbors menantikan kehadiran puluhan ribu rakyat Malaysia membanjiri stadium. Ayuh!

THIS IS OUR LAND,
THIS IS OUR TEAM.



Jangan lupa saksikan perlawanan kelayakan PIALA DUNIA 2014 antara Singapura vs MALAYSIA SIARAN LANGSUNG di
-Astro Arena 7.00 malam
-RTM - Radio Televisyen Malaysia TV2 7.20 malam

Dan siaran langsung menerusi RADIO!!!
-ERA FM & ERA TV jam 7.00 malam..

Selamat berjuang HARIMAU MALAYA!!!!
By bhengbros
(>_<)”

Facebook Comment

2 comments:

  1. so cool.. go go malaysia :D

    ReplyDelete
  2. thnx 4 ur commnets.
    keep visiting as more 2 come.

    ReplyDelete