Wednesday 20 July 2011

10 Sebab Ke Stadium Bukit Jalil

28hb. Julai 2011 bersamaan hari Khamis, perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Singapura akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan ini adalah perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Perlawanan pertama di Singapura akan berlangsung pada 23hb. Julai di Singapura.

bhengbros akan mengulas 10 sebab mengapa kita perlu ke Std. Bukit Jalil pada 28hb. Julai 2011.

1.  1.  Sudah lama prestasi pasukan bola sepak kita merundum. Kini, kita berada di tahap yang boleh membanggakan. Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memberikan sokangan padu kepada pasukan Negara.

2.  2.  Singapura dan Malaysia merupakan “rivals” seperti Man Utd dan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris. Sejak dari dulu lagi, Malaysia dan Singapura memang ada sedikit perbalahan (kontrak air, pulau batu putih, ekonomi)


3.  3Tiket hanya rm20 bagi tempat duduk biasa. (murah tuu beb)- harap FAM tak naikkan harga tiket

4.  4.  Jika Malaysia menang, kita akan layak ke “grouping phase”. Bermakna, semakin menghampiri melayakkan diri buat kali pertama ke kejohanan Piala Dunia


5.  5.  Jika menentang kelab-kelab luar negara seperti Liverpool, Arsenal, dan Chelsea boleh menarik ramai penyokong ke stadium, mengapa apabila pemain negara kita bermain, kita hanya hendak menonton di televisyen sahaja?  Lagipun, tiket paling murah perlawanan menentang kelab luar ialah rm58!! (sanggup bayar jugak tuu..)

6.  6.  Ini adalah perlawanan terakhir sebelum bulan Ramadan (dijangka jatuh pada 1hb. Ogos).  Selepas itu, mungkin kita akan banyak habiskan masa berbuka bersama keluarga, teman hati,kwn2….

7.  7Suasana di stadium pasti memberikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, lebih-lebih lagi menentang “rivals”

8.  8Kita tidak mempunyai pemain import. Negara-negara lain di rantau Asia Tenggara rata-rata menggunakan tenaga pemain import. Skuad kita kesemuanya pemain tempatan termasuk jurulatih. “PROUD OF IT”

9.  9. Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan. Oleh sebab itu, tunjukkan semangat patriotik. Kita mulakan dengan perlawanan ini. Tunjukkan kepada mereka yang kata kita tidak patriotik.

1  10. Sebab terakhir adalah sebab bhengbros dah “review” dan menggesa anda semua hadir ke stadium. Marilah ramai-ramai ke Std. Bukit Jalil (hargai lah sket usaha saya ea..)

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan tiket secara on-line, sila ke http://www.tickethotline.com.my/
THIS IS OUR LAND,
THIS IS OUR TEAM.

By bhengbros@bheng
(>_<)”

Facebook Comment

6 comments:

  1. OhSem la bhengbros..xoxo

    ReplyDelete
  2. thnx 4 ur commnent
    plz follow us as more 2 come

    ReplyDelete
  3. Wahhh... semngat promo skuaD Harimau Malaya... Yes... kte ptt pi stadium n.week... Sokongan utk m'sia...
    Smua reason bro mmg mantapppppp... :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih.
    kita akan update lagi pasal info len.

    bhengbros@bheng
    (>_<)"

    ReplyDelete
  5. Semua 10 sebab lu bagi, I have nothing more than to agree with you! Sebab no 1,4 dan 5 adalah paling utama.

    ReplyDelete
  6. tq 4 ur commnet
    jgn lupa ajk kwn2 ..kite turun std bukit jalil.
    jumpa t kat sana yea..

    (>_<)"

    ReplyDelete