Sunday 31 July 2011

Apa selepas 28 Julai?


Pada 28hb Julai 2011, berlangsung  perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 di antara Malaysia menentang Singapura yang berkesudahan seri 1-1. Dengan ini, impian untuk mara ke peringkat kumpulan lebur di tanah sendiri. 

Bheng bersama di stadium tempoh hari, menyaksikan perlawanan tersebut. Stadium tidak penuh, tetapi “over-flow”.  Bheng menonton dari sudut-sudut di tepi stadium kerana terlalu ramai dan tidak dapat masuk pun ke tempat duduk. Bheng and 2 rakan lagi hanya dapat “view” setengah padang dari sudut tersebut. Bermakna, apa-apa yang berlaku di separuh lagi padang, kami tidak tahu langsung.Tetapi, tidak mengapa, keranamu Malaysia. 

Setelah Malaysia menjaringkan gol menerusi Safee Sali, Bheng telah dapat merasakan yang kita boleh mengalahkan Singapura dengan  2 gol. Setelah itu, Singapura memperlahankan rentak permainan kita dengan lakonan-lakonan yang tidak sepatutnya terjadi dalam permainan bola sepak moden. Kemudian, Singapura menjaringkan gol, menyamakan kedudukan 1-1. Selepas jaringan tersebut, pasukan Negara bagaikan hilang terus semangat sehingga melakukan kesilapan yang mudah. 

“Main bola dah bertahun-tahun.  ‘Passing’ pon tak betul nie macam mana?” keluh seorang remaja dalam kumpulan yang berhampiran. 

“Ni macam mana? Tunggu tiket punya lah lama. Tak kan nak balik dengan hampa kot? ‘Come on’ lah wehy” seorang lagi sahut. 

Kemudian, perlawanan tamat. Bheng sendiri kecewa degan keputusan. Nasib Bheng lebih kurang dengan mereka. Hari Selasa datang ke Bukit Jalil hendak beli tiket. Tunggu 2 jam lebih, kemudian tiket habis. Pagi Rabu dekat 7.30 pagi sudah ada kat Bukit Jalil hendak beli tiket. Terkejut melihat barisan beratur sampai ke tangga selepas Bheng turun dari stesen LRT. Tunggu selama 3 jam lebih, dapat juga akhirnya beli tiket. Datang stadium pada hari perlawanan, tidak dapat ‘view’ yang baik. Kecewa,kecewa sangat. Bheng kecewa sangat sampai telah membuat keputusan untuk tidak datang ke stadium lagi selepas ini. 

“Bro, pinjam ‘lighter’ boleh? “ Tanya seorang brader dalam lingkungan 25 tahun kepada bheng. bheng pun beri permetik api kepada brader itu. 

“Sedih la bro. Aku dari Kulim nie. Tunggun punya la lama nak beli tiket. Main kat tempat kita pun boleh kalah ke, tempat die kite sumbat 3.Tempat kita, xkan la 2 pon payah kot?” 

Bheng langsung tidak tertarik dengan apa yang brader itu cakap. Perkara yang menarik Bheng adalah baju yang dipakai oleh brader itu. Baju biru yang mempunyai logo Harimau Malaya dengan tertera tulisan:

"IF YOU FEEL ASHAMED TO STAND BY YOUR COLOURS, YOU BETTER SEEK FOR ANOTHER FLAG" 

Selepas membaca ayat tersebut, Bheng diamkan diri. bheng fikir seketika.  Harimau Malaya ini pasukan kita,mewakili kita. Kenapa Bheng ambil keputusan untuk tidak datang ke stadium lagi memberikan sokongan? Memang Bheng rasa amat kecewa tetapi pasukan yang bermain pada hari tersebut merupakan pemain yang terbaik yang kita miliki. Takkan kita hendak ‘import’ pemain luar? Balik ke rumah, Bheng tengok highlights video di http://www.youtube.com/.  Khairul Fahmi merupakan wira kita. Jika beliau tiada, sudah pasti kita akan lebih dimalukan di halaman sendiri. Bheng sendiri rasa bersalah kerana underestimate beliau sebelum ini.
 

Jadi, apa selepas 28 Julai? Semuanya sudah berakhir? Tidak. Kita masih mempunyai kelayakan Olimpik. Masih ada lagi peluang untuk kembalikan maruah bola sepak Negara . Tetapi, peluang untuk ke Piala Dunia sudah berakhir. Kita perlu menanti sehingga Piala Dunia 2018 dan pada ketika itu Safee Sali akan berusia 34 tahun. Sudah pasti pemain yang ada sekarang akan dirombak untuk kejohanan pada masa akan datang.

Bheng sudah membuat keputusan yang Bheng akan menyokong skuad Harimau Malaya di kelayakan Olimpik nanti kerana “ I AM PROUD WITH MY COLOURS” .  Kepada Singapura, semoga berjaya di pusingan kumpulan nanti dan diharap bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.






MALAYSIA IS OUR COUNTRY,
HARIMAU MALAYA IS OUR TEAM,
HITAM KUNING IS OUR COLOUR.

THIS IS OUR LAND,
THIS IS OUR TEAM.
By bhengbros@bheng
(>_<)"

Facebook Comment

15 comments:

  1. Hitam Kuning WarnaKu..
    Harimau Malaya HeroKu..

    ReplyDelete
  2. orite la..semangat tu yang kita mahukan.
    kelayakan olimpik lwn syria 23 nov..

    ReplyDelete
  3. semangat membara....go tigers, go go tigers!

    ReplyDelete
  4. yezzzz gd spirit

    ReplyDelete
  5. nice one bheng.love your writing.

    ReplyDelete
  6. thx 4 all the comments.
    bhengbros@bheng

    (>_<)"

    ReplyDelete
  7. Sape dua kawan tu..mesti machokan!!

    ReplyDelete
  8. haha..i noe u..
    sorng drp 2 owg adlh ko..
    seorng lagi ko pon taw.
    hehe..
    tq

    ReplyDelete
  9. hye bheng.you have personal blog?would love to have a further reading on your thoughts and ideas.please share.
    ty

    ReplyDelete
  10. hi,thnx 4 ur comment
    i have my own blog,
    mamat-kekasihgelap.blogspot.com. this blog is about true love stories,can be happy ending or sad ending.
    but, now im working under Black-Hat. once this blog has established,i will concentrate with my own blog.
    tq

    (>_<)"

    ReplyDelete
  11. mamat-kekasihgelap OMG thats totally different when compared to your writings here hehe.sound romantic =D i didnt own either a blog or google account thus i cant comment on your personal blog as anonymous =( pity me.anyway why dont you allow comments from anonymous so that i can share my thoughts and opinions on love matters?let see whose love's greater ;)

    ReplyDelete
  12. thnx 4 ur comment
    i would like to suggest you to have a google account. it wont take much time to do. you also can become a follower and keep yourself updated with this blog.
    however, good suggestion. i will enable it after consoling my boss, Black-Hat.

    ReplyDelete
  13. i had enable it..
    tq for ur comments.

    ReplyDelete
  14. Dear Great bheng, I am not the boss. we are the boss. Next mission mamat-kekasihgelap.blogspot.com.

    ReplyDelete
  15. i opt not to register as i don't believe the system

    anyway,awesome writing

    -miss X-

    ReplyDelete